'Pilih pemimpin mampu imbangi perbelanjaan, bertanggungjawab'

Mohd Yusmadi
Mohd Yusmadi
A
A
A

SHAH ALAM - Rakyat perlu bijak memilih pemimpin yang mampu mengimbangi perbelanjaan sama ada dari segi ekonomi, pendidikan, pembangunan dan juga politik.

Pengasas dan Pengerusi Yayasan RIGHTS, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff berkata, melihat kepada bajet kewangan untuk menguruskan satu pilihan raya, ia menelan belanja hampir berjuta, malah trend tersebut semakin meningkat.

“Jadi pandangan saya, rakyat perlu menyelidik sedalam-dalamnya bagaimana nak memilih seseorang mewakili suara dengan cara bagi saya mesti mengimbangi perbelanjaan dan bertanggungjawab.

“Sebagai contoh, kalau saya seorang Perdana Menteri (PM), saya perlu memikirkan sejumlah perbelanjaan untuk manfaat rakyat terutama dari segi pendidikan, keselamatan dan pembangunan.

“Sebab itu di negara-negara lain kadang-kadang nak mengimbangi itu adalah dengan memberi hak demokrasi dan juga manfaat kepada rakyat,” katanya dalam Agenda Awani bertajuk ‘Suburkan Demokrasi Malaysia’ yang disiarkan pada Jumaat.

Dari segi pendidikan politik pula, Mohd Yusmadi yang juga pengamal undang-undang berkata, ada yang beranggapan ia merupakan satu perkara yang sangat kompleks sehingga perlu mempunyai silibus-silibus tertentu.

“Padahal ia sebenarnya sangat mudah sahaja, pilih pemimpin yang benar, beretika dan selayaknya.

Justeru, kita perlu berbalik kepada perkara asas di mana tujuan demokrasi adalah untuk kita memilih atau mewakili suara.

Artikel Berkaitan:

“Saya percaya jika kita dapat membina institusi, membetulkan proses, negara akan mempunyai sistem demokrasi yang lebih baik,” katanya.