Pan Gon belum umumkan pembantu jurulatih tempatan

Pan Gon pada sidang media memperkenalkan jurulatih baharu Skuad Harimau Malaya di Wisma FAM Kelana Jaya hari ini. Foto Bernama
Pan Gon pada sidang media memperkenalkan jurulatih baharu Skuad Harimau Malaya di Wisma FAM Kelana Jaya hari ini. Foto Bernama
A
A
A

MISTERI mengenai siapakah pembantu jurulatih tempatan kepada Ketua Jurulatih Harimau Malaya yang baharu Kim Pan Gon masih beliau terurai lagi, sehingga sekarang.

Pan Gon hari ini mengakui bahawa beliau masih lagi mencari calon terbaik bagi mengisi kerusi panas itu dalam kalangan jurulatih tempatan, dan menjangkakan pengumuman akan dibuat tidak lama lagi.

"Saya telah menerima beberapa ‘CV’ (kurikulum vitae) yang telah saya lihat dan mungkin akan cuba untuk bertemu dengan mereka sendiri.

"Saya akan membincangkannya bersama pengarah teknikal Scott O’Donel, jadi kami akan mencari calon terbaik untuk itu,” katanya kepada media pada sidang media pertamanya selepas dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya bulan lepas.

Ketika ditanya pandangannya mengenai projek naturalisasi, Pan Gon akui bahawa Malaysia tidak boleh bergantung kepada seorang pemain, sama ada beliau tempatan, pemain naturalisasi, untuk lakukan terbaik dalam bola sepak ialah mengenai bermain sebagai satu unit berbanding individu.

"Saya tidak kisah sama ada anda pemain tempatan, natularisasi atau warisan, tetapi saya hanya akan ambil yang terbaik untuk pasukan saya,” katanya.

Selain mengambil masa lebih untuk mengenali bola sepak Malaysia terutamanya pemainnya, Pan Gon berkata beliau juga perlu belajar budaya Malaysia bagi menunjukkan tanda hormat kepada negara yang beliau berkhidmat.

"Saya mahu makan makanan Malaysia juga dan cuba untuk belajar budaya Malaysia kerana pada saya ke mana saya pergi, saya hormati orang tempatan. Saya perlukan kerjasama yang baik dengan bola sepak tempatan dan dengan cara itu, saya boleh berjaya,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Bekas pengurus pasukan kebangsaan Korea Selatan itu dilantik mengantikan Tan Chen Hoe, yang meletakkan jawatan bulan lepas bagi mengambil tanggungjawab atas kegagalan Malaysia di Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Singapura, Disember lepas. - Bernama