Pemansuhan protokol isolasi kontak rapat minggu hadapan

Khairy pada sidang media status terkini kes penularan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini. - Foto Bernama
Khairy pada sidang media status terkini kes penularan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pemansuhan protokol isolasi kontak rapat akan diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) minggu hadapan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, langkah itu selari dengan protokol yang dilaksanakan terhadap petugas kesihatan KKM.

"Petugas kesihatan yang menjadi kontak rapat dan tidak bergejala tidak perlu menjalani isolasi sebaliknya hanya perlu buat ujian kendiri Covid-19 pada hari tertentu," katanya ketika sidang akhbar di kementeriannya pada Khamis.

Menurutnya, satu pekeliling berhubung perkara itu telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Selasa lalu.

"Perkembangan ini akan turut dimaklumkan kepada pekerja kesihatan di sektor swasta untuk dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata, dengan peningkatan kes status kontak rapat seringkali berlaku tanpa disedari.

"Apabila berlaku, gangguan kepada ekonomi, pengurusan pekerjaan dan sebagainya adalah sangat-sangat ketara," katanya.

Pada perkembangan sama, Khairy berkata, pelaporan bilangan kes harian Covid-19 akan dikeluarkan pada sebelah pagi setiap hari bersekali dengan data-data yang lain.

Artikel Berkaitan:

"Ini bermakna bermula esok, tiada lagi data dikeluarkan dan data Jumaat akan diumumkan jam 10 pagi Sabtu," katanya.