Lelaki tetak ibu tiri hingga putus leher direman tujuh hari

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Lelaki yang disyaki menetak ibu tirinya sehingga terputus leher dalam kejadian di Kampung Batu Machang, Jerek, di Gua Musang, petang Rabu, direman tujuh hari bermula Khamis.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, perintah reman terhadap suspek berusia 39 tahun itu dikeluarkan Pengarah Mahkamah Negeri Kelantan, Zaman Mohd Noor di Mahkamah Majistret Gua Musang pada Khamis.

"Perintah reman terhadap suspek selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Para Rabu, media melaporkan seorang wanita berusia 54 tahun maut selepas lehernya ditetak hingga putus oleh anak tirinya di rumah mereka.

Suspek kemudian hadir ke Balai Polis Bertam pada jam 4.45 petang dan memaklumkan telah membunuh ibu tirinya menggunakan parang.

Siasatan awal mendapati suspek merupakan seorang penagih dadah dan mengalami masalah mental. - Bernama

Artikel Berkaitan: