Polis siasat motif sebenar pemuda didakwa tetak ibu tiri

Lokasi mangsa yang maut dalam keadaan tragis dengan leher yang terputus dipercayai akibat ditetak oleh anak tirinya di Kampung Batu Machang Jerek, Gua Musang pada Rabu. - Foto ihsan PDRM
Lokasi mangsa yang maut dalam keadaan tragis dengan leher yang terputus dipercayai akibat ditetak oleh anak tirinya di Kampung Batu Machang Jerek, Gua Musang pada Rabu. - Foto ihsan PDRM
A
A
A

TUMPAT - Polis Kelantan menjalankan siasatan terperinci motif tindakan seorang pemuda yang didakwa menetak ibu tirinya di Kampung Batu Machang Jerek, Gua Musang pada Rabu.

Ketua Polis, Datuk Shafien Mamat berkata, siasatan awal mendapati suspek juga kurang siuman dan di bawah pengaruh dadah.

"Mungkin ada juga kejadian-kejadian sebelum ini berlaku yang boleh menjadi fakta susulan. Selepas reman pagi ini kita akan meneruskan siasatan bagi mendapatkan punca sebenar dia bertindak demikian.

"Sama ada salah faham atau tidak berpuas hati, kita akan siasat lanjut kerana mereka sudah lama hidup bersama,"katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Shafien sebelum itu melawat empat anggotanya di perumahan pegawai kanan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di Kampung Terbak yang cedera ditetak dengan parang serta kerambit oleh seorang lelaki sakit mental di Kampung Sedar, Sabtu lalu.

Shafien (kiri) mengaminkan doa yang dibacakan salah seorang pegawai semasa melawat empat anggota yang tercedera tersebut di sini pada Khamis.
Shafien (kiri) mengaminkan doa yang dibacakan salah seorang pegawai semasa melawat empat anggota yang tercedera tersebut di sini pada Khamis.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan seorang wanita maut dalam keadaan tragis dengan lehernya terputus dipercayai akibat ditetak dengan parang oleh anak tirinya di Kampung Batu Machang Jerek, Gua Musang pada Rabu.

Kejadian yang berlaku terhadap mangsa berusia 54 tahun tersebut disedari pada jam 4.55 petang.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo memaklumkan, suspek berusia 39 tahun datang Balai Polis Bertam dan memberitahu dia telah membunuh ibu tirinya di rumah mereka menggunakan sebilah parang.

Suspek dipercayai seorang penagih dadah dan pesakit mental dan mempunyai rekod lampau pernah ditangkap atas kesalahan curi motosikal mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 451 Kanun Keseksaan.