PM NZ tandatangan buku takziah

Ardern menandatangani buku takziah buat mangsa serangan pengganas di masjid Christchurch.
A
A

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern menjadi penandatangan pertama buku takziah negara khas buat mangsa insiden tembakan masjid di Christchurch.

"Bagi pihak seluruh rakyat New Zealand, kita sama-sama bersedih.Kita adalah satu.Mereka adalah kita.Tatau Tātau," tulisnya dalam buku yang dibuka untuk kali pertama di Wellington.

Menjawab soalan wartawan jika Brenton Tarrant, pengganas warga Australia yang tinggal di Dunedin, akan berdepan deportasi berikutan jenayahnya, Ardern menjawab semuanya masih di peringkat awal.

"Tuduhan telah dikenakan dan Tarrant akan kembali semula ke mahkamah pada 5 April depan dan berkemungkinan lebih banyak tuduhan akan dikenakan terhadapnya," kata Ardern.

Menurutnya lagi, New Zealand tiada tempat buat pengganas yang melakukan sebarang bentuk jenayah keganasan.

Serangan Jumaat lalu, menyaksikan 50 orang maut manakala puluhan yang lain cedera apabila Tarrant melepaskan tembakan rambang ke arah jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchurch. - NZHERALD


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia