Gerai makan dikompaun buang sampah di kawasan perumahan

Sampah ditinggalkan oleh peniaga gerai makanan di kawasan taman perumahan.
Sampah ditinggalkan oleh peniaga gerai makanan di kawasan taman perumahan.
A
A
A
PETALING JAYA - Sebuah gerai makan dikesan membuang sampah dan kotak di kawasan taman perumahan berhampiran PJS 2C/1.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam satu kenyataan berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu menimbulkan kacau ganggu dan membahayakan kesihatan penduduk sekitar.

Menurut kenyataan itu, situasi itu juga menyebabkan pembiakan anjing liar yang tak terkawal.

"Tindakan kompaun telah dikenakan kepada premis berkenaan dan MBPJ akan terus memantau kegiatan membuang sampah haram dengan lebih kerap.

"Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan aduan melalui emel di aduan@mbpj.gov.my atau hotline 03-79542020 selain faks 03-79551804 serta Facebook https://www.facebook.com/mbpjaduan/," menurut kenyataan pada Rabu.

Tambah kenyataan itu, aduan juga boleh dikemukakan menerusi sistem khidmat pelanggan: https://embpj.mbpj.gov.my/, aplikasi eAduan MBPJ dan WhatsApp: 011-12017914 (waktu bekerja sahaja).

Artikel Berkaitan: