Buruh menyamar anggota polis tunjuk gari ditahan

Sepasang gari dan telefon bimbit turut dirampas daripada suspek.
Sepasang gari dan telefon bimbit turut dirampas daripada suspek.
A
A
A

KEPALA BATAS - Polis menahan seorang buruh yang menyamar sebagai anggota polis dan menghantar rakaman video menunjukkan sepasang gari untuk menakut-nakutkan seorang peniaga berkaitan isu rumah sewa pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan di tepi jalan di Bertam di sini pada jam 10 pagi selepas menerima laporan daripada mangsa pada hari sama.

"Siasatan mendapati suspek dipercayai merakam video berkenaan dengan niat untuk menakut-nakutkan serta meminta mangsa yang berusia 32 tahun menghormati dia yang kononnya seorang anggota polis.

"Suspek berbuat demikian selepas dia dan mangsa mempunyai masalah berkaitan isu rumah sewa sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.