Muda nafi tolak pencalonan Maszlee di DUN Layang Layang

Muda menafikan kenyataan palsu mendakwa PH dan Muda menolak pencalonan Maszlee di kerusi DUN Layang Layang seperti yang tular sejak Selasa.
Muda menafikan kenyataan palsu mendakwa PH dan Muda menolak pencalonan Maszlee di kerusi DUN Layang Layang seperti yang tular sejak Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menafikan mengeluarkan kenyataan bersama-sama Pakatan Harapan (PH) menolak pencalonan Dr Maszlee Malik sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang Layang.

Muda dalam satu kenyataan pada malam Selasa memaklumkan, kenyataan itu adalah palsu dan dibuat mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Harap semua pihak media tidak melaporkan kenyataan palsu ini.

Kenyataan rasmi Muda akan dikongsi kami sendiri terus kepada pihak media," menurut kenyataan berkenaan.

Kenyataan tersebut tular dalam media sosial menerusi satu kepala surat dengan logo PH dan Muda kononnya menolak pencalonan Maszlee di kerusi DUN Layang Layang.

Menerusi kenyataan palsu tersebut yang bertarikh 15 Februari turut disertakan nama Setiausaha DAP Johor, Chen Kah Eng, Naib Pengerusi Parti Amanah (Amanah) Johor, Suhaizan Kaiat dan Setiausaha Agung Muda, Amira Aisya Abd Aziz.

Pada Isnin, Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam dan bekas Menteri Pendidikan diumumkan sebagai calon kerusi tersebut bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi kawasan zon tengah.

Artikel Berkaitan: