[VIDEO] Penunggang motosikal nyaris maut dirempuh kereta api

MUMBAI - Seorang penunggang motosikal nyaris terbunuh apabila dia dipercayai menjatuhkan motosikalnya sebelum sebuah kereta api yang sedang bergerak dengan laju merempuh motosikal tersebut di sebuah landasan di Mumbai baru-baru ini.
Kejadian itu dirakamkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan pada mulanya, penunggang motosikal tersebut mahu melintas sebuah landasan kereta api.
Namun, tiba-tiba, lelaki itu dipercayai menjatuhkan motosikalnya dan dia sempat melarikan diri selepas sebuah kereta api bergerak dengan laju di atas landasan.
Kereta api itu turut merempuh motosikal yang terjatuh itu.
Beberapa pejalan kaki dan penunggang motosikal lain telah berhenti bagi memberi laluan kepada kereta api tersebut.
Namun, penunggang motosikal itu nampaknya menyangka dia mempunyai masa yang cukup untuk menyeberang sebelum kereta api tersebut tiba.
Bagaimanapun, ketika dia mula melintasi, CCTV menunjukkan lampu brek motosikalnya menyala sebelum lelaki itu menoleh ke kiri.
Dia kemudiannya dipercayai menjatuhkan motosikalnya dan melarikan diri ke bahagian kanan.
Namun, motosikal tersebut terhumban ke bahagian tepi landasan selepas ia dirempuh kereta api tersebut. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Gara-gara gunting, lebih 20 penerbangan terjejas
13 Oktober 2026 10:44pmAS terima padah jika campur tangan konflik Yemen - Houthi
13 Oktober 2026 04:13pmGabenor Indonesia dikecam selepas tular gambar berada di luar negara ketika jerebu tebal
13 Oktober 2026 03:37pmPengunjung maut kemalangan roller coaster di AS
13 Oktober 2026 02:38pm[VIDEO] Bekas pemain bola sepak berdepan hukuman mati, didakwa edar 72 kg kanabis
13 Oktober 2026 02:41pmIsteri orang ditangkap khalwat bersama duda dalam bilik sewa
13 Oktober 2026 10:53amKerabat Diraja Terengganu saman dua bank, tuntut RM1.99 juta selepas wang simpanan 'lesap'
13 Oktober 2026 02:42pmYamaha Y15 dilelong serendah RM1,400, Mercedes Benz RM4,480
13 Oktober 2026 03:09pmAnggota tentera maut dilanggar lori selepas tercampak dari jejambat
13 Oktober 2026 04:19pm
