Selangor rangka SOP baharu tangani pembakaran terbuka

Pegawai penguat kuasa JAS Selangor mengesan kebakaran kecil di kawasan revolusi hijau Johan Setia baru-baru ini. Gambar kecil: Hee Loy Sian
Pegawai penguat kuasa JAS Selangor mengesan kebakaran kecil di kawasan revolusi hijau Johan Setia baru-baru ini. Gambar kecil: Hee Loy Sian
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan merangka prosedur operasi standard (SOP) baharu untuk menangani isu pembakaran terbuka di kawasan revolusi hijau di Johan Setia.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, perangkaan SOP tersebut akan dibincangkan dalam satu mesyuarat bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 1 Mac depan.

"Mesyuarat tersebut turut membincangkan tentang persediaan kerajaan Selangor menghadapi cuaca panas menjelang bulan Mac, April, Julai dan Ogos depan.

"Persediaan akan dibuat dari segi memastikan telaga tiub (tube well) dapat membekalkan air untuk digunakan bagi memadamkan kebakaran akibat cuaca panas di beberapa lokaliti kebakaran termasuk di Johan Setia dan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan (HSKLS)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Geran Kecil Alam Sekitar (GKAS) dan Teknologi Hijau Negeri (GKTH) Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini pada Isnin.

Baru-baru ini, Sinar Harian melaporkan JAS Selangor mengesan kebakaran kecil di kawasan revolusi hijau Johan Setia ketika pihak pegawai penguat kuasa melakukan pemantauan dan pencegahan pembakaran di kawasan berkenaan.

JAS menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan pasukan peronda juga mengesan asap berpunca dari pembakaran terbuka rumput kering di kawasan berpagar yang dijadikan parkir lori.

Artikel Berkaitan: