Serangan jantung punca kematian Jit Murad

Allahyarham Jit Murad
Allahyarham Jit Murad
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemeriksaan bedah siasat terhadap penulis, pelakon teater dan filem terkenal, Jit Murad mendapati Allahyarham meninggal dunia disebabkan serangan jantung.

Perkara itu dimaklumkan sahabat karib Allahyarham, Tina Fadzil hasil laporan bedah siasat yang dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Ahad.

Tina turut memaklumkan, majlis pengebumian akan berlangsung hari ini (14 Februari), bagaimanapun ia terhad kepada waris terdekat sahaja.

"Ahli keluarga faham bahawa ramai rakan mahupun peminat ingin hadir untuk memberi penghormatan terakhir, namun disebabkan prosedur operasi standard (SOP), jumlah waris yang dibenarkan hadir solat jenazah dan pengebumian juga dihadkan.

"Justeru, ahli keluarga turut meminta majlis pengebumian hari ini hanya untuk ahli keluarga terdekat sahaja," katanya menerusi satu kenyataan ringkas kepada Astro Awani

Artikel Berkaitan: