Pele kembali jalani kemoterapi

Pele
Pele
A
A
A

LEGENDA bola sepak, Pele kembali ke hospital pada Ahad untuk menerima rawatan susulan bagi merawat ketumbuhan kolon yang dialaminya sebelum ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Pele sendiri dalam satu hantaran di Instagram miliknya yang memaparkan gambar dirinya tersenyum bersama kapsyen dirinya sedang menjalani rawatan di hospital.

"Kawan, ketika ini saya melakukannya (rawatan ketumbuhan kolon) setiap bulan. Saya akan pergi ke hospital dan meneruskan rawatan saya.

"Saya sudah pun memesan TV (televisyen) besar dan bertih jagung supaya dapat melihat aksi Super Bowl nanti.

Saya akan menyaksikan perlawanan sekalipun rakan baik saya @tombrady tidak beraksi. Terima kasih diatas semua pesanan yang indah," tulis pemenang tiga Piala Dunia itu.

Untuk rekod, bekas pemain Santos itu sebelum ini memerlukan pembedahan untuk membuang tumor pada September dan seterusnya memulakan kemoterapi sebagai sebahagian daripada proses pemulihan.

Namun, pada 8 Disember lalu, dia dimasukkan semula ke Hospital Albert Einstein di Sao Paulo dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Artikel Berkaitan: