Pele dibenar keluar dari hospital

Hantaran terkini Pele di instagram miliknya
Hantaran terkini Pele di instagram miliknya
A
A
A

LEGENDA bola sepak dunia, Pele dibenarkan keluar dari hospital, namun masih akan menerima rawatan ketumbuhan kolon yang dihidapinya sebelum ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Pele dalam satu hantaran di Instagram miliknya bahawa dirinya dibenarkan keluar sebelum perayaan Krismas.

"Gambar senyuman ini bukan saja-saja dilakukan oleh saya. Seperti yang saya pernah janjikan dahulu saya menghabiskan Krismas dengan keluarga tercinta.

"Saya akan pulang ke rumah. Terima kasih di atas semua mesej yang baik dan pihak yang mendoakan kesembuhan saya," kata Pele sambil meletakkan gambarnya yang tersenyum.

Pemenang tiga kali piala dunia itu sebelum ini memerlukan pembedahan untuk membuang tumor pada September dan seterusnya memulakan kemoterapi sebagai sebahagian daripada proses pemulihan.

Namun pada 8 Disember lalu, dia dimasukkan semula ke Hospital Albert Einstein di Sao Paulo dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Artikel Berkaitan: