PKR umum lima calon PRN Johor

Lima calon PKR bagi PRN Johor bersama Anwar (tengah) di sebuah hotel di sini pada Isnin. -Foto Facebook Anwar Ibrahim
Lima calon PKR bagi PRN Johor bersama Anwar (tengah) di sebuah hotel di sini pada Isnin. -Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Napsiah Khamis Maharan antara lima calon yang diumum bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi kawasan Johor Selatan.

PKR turut menampilkan muka baharu iaitu Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Fakhruddin Moslim, 34, sebagai calon di DUN Pasir Raja.

Selain itu muka baharu Arthur Chiong Sen Sern, 32, diumum sebagai calon DUN Bukit Batu.

Dr Zamil Najwah Arbain, 48, yang pernah bertanding di DUN Tanjung Surat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu ditampilkan semula sebagai DUN calon Larkin manakala penyandang kerusi Tiram, S Gopalakrishnan, turut dipilih semula.

Pengumuman itu dilakukan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel di sini pada Isnin.

Turut hadir, Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh.

Artikel Berkaitan: