DUN Sarawak: Jawatan Ketua Menteri kepada Premier

Antara perkara yang dijangka mencuri tumpuan pada Persidangan DUN Sarawak ialah RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022
Antara perkara yang dijangka mencuri tumpuan pada Persidangan DUN Sarawak ialah RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022
A
A
A

SHAH ALAM – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bermula Isnin bakal menyaksikan beberapa rang undang-undang (RUU) akan dibentangkan.

Memetik Astro Awani, antara yang mencuri tumpuan ialah RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 yang akan diusul pada hari kedua mesyuarat.

Ia turut melibatkan pindaan Perkara 6(3) Perlembagaan Negeri Sarawak untuk menamakan semula jawatan Ketua Menteri kepada ‘Premier’.

RUU itu akan dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Merujuk kepada salinan itu, cadangan pindaan turut melibatkan Artikel 44 mengenai tafsiran ‘Premier’.

Ia membawa maksud ketua menteri yang dilantik di bawah Perkara 6(3) Perlembagaan Negeri Sarawak, dan apa-apa sebutan berkaitan ketua menteri dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah merujuk kepada ‘Premier’.

Selain itu, dilaporkan juga DUN Sarawak akan membuat pindaan Perkara 7A bagi menggantikan jawatan ‘Menteri Muda’ kepada Timbalan Menteri.

Secara teknikalnya, sebanyak 26 jawatan menteri muda yang dilantik ketika pembentukan Kabinet Negeri Sarawak lalu akan dikenali sebagai timbalan menteri sekiranya diluluskan di DUN.

Artikel Berkaitan:

Ordinan itu seterusnya akan berkuat kuasa pada tarikh ia diwartakan selepas mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.