Ketua Menteri Sarawak tukar gelaran?

Ciapan Dr Kelvin di Twitternya pada Ahad.
Ciapan Dr Kelvin di Twitternya pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dilapor akan meminda Perlembagaan negeri pada Isnin dengan menukar gelaran Ketua Menteri (Chief Minister) kepada Perdana Menteri (Premier) Sarawak.

Perkara itu dikongsi menerusi ciapan twitter Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen serta gambar pindaan yang akan dilaksanakan itu.

Kelvin memaklumkan Sinar Harian mengenai ciapannya bahawa beliau tidak mengetahui adakah terjemahan ‘premier’ itu akan membawa maksud Perdana Menteri Sarawak.

“Dalam Bahasa Malaysia, saya belum nampak lagi terjemahannya (perkataan premier),” katanya pada Ahad.

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh Kelvin, Sarawak akan melaksanakan pindaan Perlembagaan menerusi Artikel 6 (3) dengan menggantikan perkataan Ketua Menteri (Chief Minister) kepada Perdana Menteri (Premier) Sarawak.

Selain itu, pindaan juga dibuat dengan menggantikan perkataan Pembantu Menteri (Assistant Ministers) kepada Timbalan Menteri (Deputy Ministers).

Artikel Berkaitan: