95 pengunjung pusat hiburan karaoke mewah dikompaun

Antara pengunjung pusat hiburan karaoke mewah di Taman Miharja Cheras di sini dikompaun.
Antara pengunjung pusat hiburan karaoke mewah di Taman Miharja Cheras di sini dikompaun.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 95 pengunjung sebuah pusat hiburan karaoke mewah di Taman Miharja Cheras di sini dikompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya mendapati seramai 95 pelanggan termasuk 20 wanita yang sedang berhibur di premis itu ketika serbuan pada jam 12.30 tengah malam Ahad.

"Hasil maklumat awam berhubung aktiviti premis berkenaan di tingkat tiga di sebuah pusat beli belah turut dibuka sehingga awal pagi," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

Habibi berkata, pihak pengurusan hanya membenarkan pelanggan tetap dan mereka yang membuat tempahan sahaja boleh memasuki premis hiburan mewah itu.

"Malah, pelanggan perlu meletakkan kenderaan mereka di parkir basement (bawah tanah) pusat hiburan sebelum dibawa naik ke tingkat tiga menggunakan lif khas di tangga kecemasan," katanya.

Habibi berkata, pihaknya mengambil langkah mengepung semua laluan keluar kecemasan menuju ke dalam pusat beli-belah semasa serbuan dibuat bagi menghalang pengunjung melarikan diri.

"Kita juga turut menahan seorang penjaga atau pengurus premis hiburan ini serta tiga lelaki dan dua wanita warga asing untuk tindakan lanjut selain merampas resit perniagaan dan peralatan muzik," katanya.

Habibi memaklumkan tindakan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1952, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959, Peraturan 17, Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Artikel Berkaitan: