Teliti kebajikan bekas anggota polis tak berpencen

Baharudin
Baharudin
A
A
A

PUCHONG - Kerajaan disaran meneliti kebajikan bekas anggota polis tidak berpencen yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Perkara itu diluahkan Persatuan Bekas Polis Malaysia(PBPM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menerima rungutan daripada golongan berkenaan sejak kebelakangan ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Dr Baharudin Abu berkata bekas anggota polis yang menetap di bandar besar kini berdepan kos sara hidup tinggi.

Menurutnya, dengan dibelenggu kenaikan harga barang sekali gus menjejaskan kehidupan bekas anggota polis.

"Bekas polis ini terdiri daripada mereka yang berhenti awal daripada perkhidmatan, secara langsung mereka ini tidak menikmati pencen.

"Aduan yang kami terima terutama daripada ahli persatuan menyatakan ramai terjejas pendapatan, terutama mereka menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Katanya, dalam masa sama pihaknya turut melahirkan kekecewaan apabila nasib bekas polis ini seolah dipinggirkan.

"Kalau kita lihat banyak bantuan yang diberikan hanya fokus kepada pesara, kita bukan iri dalam soal ini, namun kalau boleh, kerajaan kita minta tengoklah sama nasib bekas-bekas polis ini.

Artikel Berkaitan:

"Berkhidmat sebagai seorang anggota polis bukan satu tugas mudah, korbankan masa serta keluarga demi tugas, sekurangnya hargailah walau sedikit," katanya.

Sementara itu, pihaknya menyeru kerajaan memberikan perhatian khusus terhadap isu berkenaan bagi membela nasib bekas anggota polis.

"Sehubungan itu, satu langkah atau jalan terbaik perlu dilakukan bagi menyelesaikan isu berkenaan," katanya.