Kastam pakai kamera badan pada Jun

Abdul Latif
Abdul Latif
A
A
A

KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Pemasangan kamera badan melibatkan anggota dan penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dijangka dilaksana pada Jun.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, pemasangan kamera melibatkan seluruh anggota dan pegawai JKDM yang bertugas di lapangan akan dilakukan secara berperingkat kerana membabitkan peruntukan yang besar.

"Kamera ini bukan hanya digunakan untuk penguat kuasa, ia juga melibatkan pegawai yang bertugas terutama mereka yang berada di barisan hadapan (frontliner) seperti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kawasan sempadan negara.

"Kita jangka lebih 100 anggota kastam termasuk penguat kuasa akan terlibat dalam pemasangan kamera badan pada fasa pertama," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Jalinan Kasih Keluarga Malaysia (Corporate Social Responsibility) Jabatan Kastam Diraja Terengganu bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada Sabtu.

Penguat kuasa JKDM sebelum ini disarankan memakai kamera pada badan sebagai inisiatif menangani kes salah laku dalam kalangan kakitangan agensi itu.

Selain meningkatkan lagi integriti pasukan, ia juga dilihat dapat membantu untuk dijadikan bukti kepada anggota kastam yang kerap dituduh terbabit dalam aktiviti rasuah.

Artikel Berkaitan: