Penghargaan buat Mane, nama diabadikan pada stadium

Mane bersama trofi Piala Negara-Negara Afrika dimenangi pasukan Senegal selepas menewaskan Mesir dalam perlawanan akhir di Stade d'Olembe, Yaounde. - FOTO AFP
Mane bersama trofi Piala Negara-Negara Afrika dimenangi pasukan Senegal selepas menewaskan Mesir dalam perlawanan akhir di Stade d'Olembe, Yaounde. - FOTO AFP
A
A
A

KEJAYAAN penyerang Liverpool, Sadio Mane memacu Senegal menjuarai kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika baru-baru ini membolehkan sebuah stadium diabadikan dengan nama tonggak The Lions of Teranga tersebut di wilayah kelahirannya Sedhiou.

“Sadio Mane telah memberikan satu kebanggaan buat rakyat Senegal, wilayah Sedhiou dan seluruh negeri Casamance berikutan persembahan cemerlangnya di kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika.

“Saya ingin menamakan Stadium Sedhiou dengan nama Sadio Mane sebagai penghormatan daripada rakyat wilayah ini kepada lelaki yang menjadikan Bambali dan juga ibu kota wilayahnya Sedhiou dikenali di seluruh dunia. Dan sememangnya dia memang berhak untuk menerima penghargaan ini,” kata Datuk Bandar, Abdoulaye Diop.

Terletak di barat daya Senegal, Sedhiou merupakan wilayah yang didiami kurang daripada 25,000 penduduk menjadi terkenal selepas Mane menyerlah bersama Liverpool dan The Lions of Teranga. Untuk rekod, Stadium Sadio Mane dijangka siap menjelang 2023.

Pemain berusia 29 tahun itu sebelum ini merupakan antara pemain berstatus bintang yang menyerlah di kejohanan tersebut apabila jaringannya semasa penentuan sepakan penalti menentang Mesir membantu Senegal meraih gelaran sulung di kejuaraan berprestij tersebut.

Artikel Berkaitan: