Tengku Zanariah mangkat

Sultan Ibrahim memberi penghormatan terakhir sejurus Almarhum disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, hari ini.
(Ihsan Royal Press Office)
Sultan Ibrahim memberi penghormatan terakhir sejurus Almarhum disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, hari ini. (Ihsan Royal Press Office)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jenazah Almarhumah Tengku Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad selamat dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di sini, pada jam 2.00 petang, hari ini.

Memetik status dalam Facebook Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Almarhumah Tengku Zanariah mangkat pada usia 79 tahun.

Terdahulu, jenazah Almarhumah disemayamkan di Balai Mengadap Istana Bukit Serene di sini, untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah.

Turut berkenan berangkat memberikan penghormatan terakhir ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Haji Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar.

Berangkat sama, Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Tuanku Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Artikel Berkaitan: