Sila log masuk terlebih dahulu.

Terkejut jumpa mayat terapung

Penduduk di Kampung Cherang Ruku, Pasir Puteh terkejut dengan penemuan mayat lelaki yang terapung di kawasan jeti lama Maritim Malaysia Kelantan pada Jumaat.
Penduduk di Kampung Cherang Ruku, Pasir Puteh terkejut dengan penemuan mayat lelaki yang terapung di kawasan jeti lama Maritim Malaysia Kelantan pada Jumaat.
A
A
A
PASIR PUTEH - Penduduk di Kampung Cherang Ruku di sini digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung di kawasan jeti lama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan pada Jumaat.

Mayat yang tidak mempunyai identiti itu ditemukan pada jam 10.25 pagi oleh seorang penduduk.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Ediansha Endal berkata, sejurus menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pihaknya terus bergegas ke lokasi.

"Pemeriksaan luaran ke atas mayat mendapati tidak terdapat sebarang unsur jenayah," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau memberitahu, mayat tersebut kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh untuk pemeriksaan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan: