Skuad B-23 selamat tiba di Phnom Penh

Skuad B-23 kebangsaan selamat tiba di Phnom Penh bagi mengharungi saingan Piala AFF B-23 2022. - Foto FB FAM
Skuad B-23 kebangsaan selamat tiba di Phnom Penh bagi mengharungi saingan Piala AFF B-23 2022. - Foto FB FAM
A
A
A

SKUAD bawah 23 tahun kebangsaan (B-23), selamat tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, Kemboja pada 11 pagi (waktu tempatan), bagi mengharungi saingan Piala AFF B-23 2022 yang dijadualkan berlangsung mulai 14 hingga 26 Februari ini.

Skuad kendalian Brad Maloney itu yang berada dalam Kumpulan B bakal memulakan kempen saingan Piala AFF B-23 berdepan Myanmar pada 15 Februari dan Laos, 18 Februari, manakala Indonesia pada 21 Februari.

Bagaimanapun, setelah Indonesia yang juga merupakan juara bertahan mengumumkan menarik diri, hanya tinggal tiga pasukan yang bakal beraksi bagi Kumpulan B.

Setakat ini masih belum ada sebarang perkhabaran berhubung sebarang perubahan jadual atau penambahan pasukan bagi Kumpulan B setelah Indonesia menarik diri.

Namun difahamkan, sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan hanya akan diumumkan oleh pihak AFF.

Untuk rekod, skuad B-23 gagal mara ke separuh akhir bagi edisi 2019 lalu apabila menduduki tempat ketiga bagi saingan peringkat kumpulan.

Artikel Berkaitan: