Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor: MetMalaysia

Hujan berterusan tahap buruk dan waspada dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga Jumaat.
Hujan berterusan tahap buruk dan waspada dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada yang dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga Jumaat.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan tahap buruk iaitu hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Rompin (Pahang) dan Mersing (Johor).

Sementara itu hujan tahap waspada iaitu hujan berterusan dijangka berlaku di Pekan (Pahang), Segamat, Kluang dan Kota Tinggi yang ketiga-tiganya di Johor. - Bernama

Artikel Berkaitan: