4 direman kes minta suapan projek selenggara cerun RM300 juta

Empat lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan reman pagi tadi.
Empat lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan reman pagi tadi.
A
A
A

PUTRAJAYA - Dua pegawai sebuah agensi kerajaan dan dua orang pemilik syarikat direman selama enam hari bermula Rabu bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan bagi kerja-kerja berkaitan penyelenggaraan cerun jalan raya.

Perintah reman sehingga 14 Februari depan itu dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Asyraf Mohamed Kamal di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pada Rabu.

Menurut sumber, keempat-empat suspek lelaki berusia 39 hingga 42 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Selasa selepas hadir memberikan keterangan.

"Dua pegawai terbabit yang berusia 39 tahun kini bertugas di Negeri Sembilan manakala seorang lagi bertugas di ibu pejabat di Kuala Lumpur," katanya.

Dua pegawai sebuah agensi kerajaan dan dua pemilik syarikat direman selama enam hari bermula Rabu bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan bagi kerja-kerja penyelenggaraan cerun jalan raya.

Menurutnya, kedua-dua pegawai tersebut disyaki meminta dan menerima suapan daripada kedua-dua pemilik syarikat terbabit bagi mendapatkan kerja-kerja berkaitan penyelenggaraan cerun di jalan persekutuan dan jalan negeri membabitkan peruntukan kira-kira RM300 juta setahun.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: