Ismail Sabri doa kesembuhan Muhyiddin

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengirim doa kesembuhan buat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang positif Covid-19.

"Didoakan agar ALLAH SWT memberi kesembuhan dan melindungi Tan Sri sekeluarga," ciapnya di Twitter pada Rabu.

Muhyiddin sebelum itu memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

"Alhamdulillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik," katanya.

Pada Selasa Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Antara yang hadir adalah Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Menteri Pendidikan Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamad, Menteri Pembangunan dan Usawahan Koperasi Tan Sri Noh Omar, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, Ketua Pengawai Eksekutif Capital A Berhad, Tan Sri Tony Fernandes.

Selain itu, ia turut dihadiri pemberita yang membuat liputan sidang akhbar.

Artikel Berkaitan: