Operasi bazar Ramadan dibenarkan

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Operasi bazar Ramadan di semua Wilayah Persekutuan dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, lesen bazar Ramadan akan diberikan kepada peniaga.

"Kita buka seluas-luasnya untuk peniaga bagi mengelakkan dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menjual lesen kepada pihak lain," katanya.

Menurutnya, peluang itu wajar diberikan kepada peniaga bagi membantu golongan itu pada pasca Covid-19.

"Dalam keadaan sekarang kita mahu menggerakkan ekonomi peniaga," katanya kepada pemberita selepas meluangkan masa meninjau Agrobazaar dan Karnival Food Truck, di sini pada Selasa.

Turut hadir, Timbalannya, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Rosidah Jaafar.

Ditanya mengenai kebimbangan mengenai peningkatan kes Covid-19, beliau berkata, pihaknya akan sentiasa membuat pemantauan.

"Kita ikuti perkembangan dari semasa ke semasa, perjumpaan adalah tidak digalakkan tetapi aktiviti ekonomi terus berjalan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tahun lalu, pengoperasian bazar Ramadan kembali dibenarkan dengan SOP ketat selepas ditangguhkan akibat pandemik Covid-19 pada tahun sebelumnya.

Sebelum itu, Shahidan dan Jalaluddin menanam pokok spesis Tabebuia Rosea dan Tabebuia Argentea di pesisiran tasik Putrajaya.

Perbadanan Putrajaya merekodkan penanaman sebanyak 50,000 pokok dari pelbagai spesies di bawah program Penghijauan Malaysia di sekitar Putrajaya.