Najib sindir kegigihan PH suka perbodoh penyokong sendiri

Najib
Najib
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir kegigihan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang suka memperbodohkan penyokong mereka secara berterusan dengan propaganda penipuan.

Beliau berkata, PH menuduh UMNO mengambil rasuah dengan membandingkan kos pembinaan Burj Khalifa dan Menara Merdeka PNB118.

Menurutnya, sebagai contoh, terdapat satu 'page' yang membandingkan kos pembinaan Burj Khalifa dengan Menara PNB118 untuk tuduh UMNO rasuah.

“Tetapi Burj Khalifa mula dibina pada tahun 2004 dan PNB mula 2016 iaitu 12 tahun kemudian. (Pernah dengar inflasi dunia tak?),” kata Najib dalam satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kos projek bagi Menara Merdeka PNB118 yang bernilai RM7 bilion adalah bagi keseluruhan projek.

Menurutnya, ia melibatkan fasa satu sebanyak RM5 bilion bagi menara dan infrastruktur keseluruhan tapak projek dan fasa dua, tiga untuk pasar raya, Taman Linear Merdeka Boulevard serta tiga blok kediaman.

“Projek ini akan memberi pulangan jangka masa panjang bagi PNB dan pencarum ASB serta kadar sewaan bagi projek ini sudah tinggi.

“Projek ini diberi kepada syarikat UEM milik penuh kerajaan. Bukan kepada kroni,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Tambah Najib, tempoh pembinaan PNB118 itu termasuk tempoh 22 bulan PH menjadi kerajaan.

“Pengerusi PNB yang dilantik kerajaan PH masa itu pula adalah bekas gabenor BNM (yang keluarganya angkat RM700 juta daripada Jho Low) merangkap ahli majlis orang tua-tua kerajaan PH.

“Kenapa pula masa itu, PH tak cakap kos PNB118 terlalu mahal?

“Saya rasa PNB patut saman 'page' ini atau buat laporan polis terhadap mereka,” jelasnya.

Ujar Najib, mereka seharusnya baca dengan betul berita secara keseluruhan dan bukan hanya sekadar tajuk sahaja.