JPJ keluarkan 6,130 saman sepanjang Tahun Baharu Cina

Antara penunggang motosikal yang diperiksa pihak JPJ Kuala Lumpur sepanjang operasi pada Tahun Baharu Cina.
Antara penunggang motosikal yang diperiksa pihak JPJ Kuala Lumpur sepanjang operasi pada Tahun Baharu Cina.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) Kuala Lumpur mengeluarkan 6,130 saman atas pelbagai kesalahan dalam operasi sepanjang Tahun Baharu Cina bermula 25 Januari sehingga Ahad.

JPJ Kuala Lumpur dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, sebanyak 18,435 buah kenderaan diperiksa dengan 2,919 daripadanya telah diambil tindakan sepanjang tempoh tersebut.

"Daripada jumlah itu sebanyak 55 kenderaan telah disita atas pelbagai kesalahan.

"Antara kesalahan yang paling kerap dikesan adalah tiada cukai jalan atau insurans dengan 3,250 kes, tiada lesen memandu sah (2,150), berkaitan nombor pendaftaran (458), lampu isyarat (25), dan lain-lain kesalahan," kata kenyataan tersebut.

JPJ berkata, pihaknya turut menjalankan pemeriksaan terhadap 1,171 buah bas di terminal bas di sekitar ibu negara.

Operasi yang dijalankan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu turut mendapati dua individu gagal dalam ujian saringan awal urin daripada 452 pengguna jalan raya yang diperiksa.

Artikel Berkaitan: