JSPT tahan pemandu mabuk, mat rempit

Sebanyak 3,144 saman dikeluarkan JSPT KL dalam operasi di beberapa laluan utama di ibu negara sejak Jumaat hingga Ahad.
Sebanyak 3,144 saman dikeluarkan JSPT KL dalam operasi di beberapa laluan utama di ibu negara sejak Jumaat hingga Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menahan 13 pemandu mabuk dan tujuh mat rempit dalam operasi mingguan selama tiga hari di sekitar ibu kota bermula Jumaat.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kesemua pemandu mabuk berusia dalam lingkungan 28 hingga 50 tahun ditahan di bawah Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Menurut beliau, melalui Op Samseng Jalanan penunggang berusia dalam lingkungan 17 hingga 22 tahun ditahan dikesan menunggang dalam keadaan berbahaya sambil melakukan aksi zig-zag, roket, superman serta bersaing.

"Sebanyak 3,144 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan manakala 35 motosikal disita mengikut Seksyen 64 APJ 1987 kerana mengubah suai ekzos," katanya.

Tambahnya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut mengeluarkan sebanyak 10 saman ke atas penunggang motosikal kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Kesemua tahanan dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-20719999 atau hotline JSPT Kuala Lumpur 03-20260267/69.

Artikel Berkaitan: