Kepa selamatkan maruah Chelsea

Kepa berjaya menyelamatkan penalti pada minit akhir sekali gus mengelak Chelsea daripada dimalukan Plymouth dalam aksi Piala FA.
Kepa berjaya menyelamatkan penalti pada minit akhir sekali gus mengelak Chelsea daripada dimalukan Plymouth dalam aksi Piala FA.
A
A
A
PENOLONG jurulatih Chelsea, Arno Michels memuji persembahan yang ditampilkan penjaga gol, Kepa Arrizabalaga ketika membantu Chelsea daripada diaibkan kelab Liga 1 Plymouth Argyle apabila mencatatkan kemenangan 2-1 dalam saingan Piala FA.

Menurut Michels, Kepa bukan sahaja menjadi wira pasukan selepas berjaya menyelamatkan penalti pada minit akhir masa tambahan malah turut cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan bahaya sebelum itu.

"Kita bukan sahaja bercakap mengenai kejayaan Kepa menyelamatkan penalti pada minit akhir tetapi persembahan dia sangat baik pada perlawanan ini.

"Malah dalam beberapa perlawanan sebelum ini, saya merasakan dia bermain dengan amat cemerlang.

"Kami sangat gembira dengan Kepa dan dia berhak mendapat kepercayaan untuk menjaga gawang pasukan kerana dia seorang penjaga gawang yang hebat," katanya.
Artikel Berkaitan:


Pada perlawanan tersebut, Chelsea yang turun tanpa pengurus, Thomas Tuchel yang disahkan positif Covid-19 beberapa jam sebelum sepak mula, ketinggalan seawal minit kelapan hasil jaringan Macaulay Gillesphey, sebelum tonggak pertahanan, Cesar Azpilicueta menyamakan kedudukan pada minit ke-41.

Marcos Alonso memastikan Chelsea mara ke pusingan kelima Piala FA apabila meledakkan gol minit ke-106 sekali gus menjinakkan kebangkitan Plymouth.