'Fulham beri tamparan hebat' - Guardiola

Mahrez (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan apabila berjaya membantu City menewaskan Fulham 4-1
Mahrez (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan apabila berjaya membantu City menewaskan Fulham 4-1
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola percaya kualiti pemain dimiliki pasukannya menjadi kunci kepada kejayaan menewaskan Fulham 4-1 dalam saingan Piala FA awal pagi Ahad.

Menurut jurulatih kelahiran Sepanyol itu, persembahan yang ditampilkan Fulham sangat menakjubkan sambil menyifatkan kelab liga kejuaraan tersebut berjaya memberi tamparan hebat kepada dirinya.

"Saya sangat 'menderita' pada perlawanan ini. Kami bermain menentang sebuah pasukan yang tahu bagaimana cara bermain bola sepak dengan betul.

"Malah sebelum ini, kita lihat banyak kelab yang bermain di liga perdana terpaksa 'menderita' sebelum layak ke pusingan seterusnya. Manchester United juga tersingkir daripada saingan ini.

"Bagaimanapun kami bersyukur kerana mempunyai pemain berkualiti sekali gus membawa kepada kemenangan," katanya.

Pada perlawanan tersebut, Fulham terlebih dahulu berjaya membuka tirai jaringan menerusi Fabio Carvalho seawal minit keempat sebelum Ilkay Gundogan menyamakan kedudukan dua minit kemudian.

City kemudiannya berjaya mendahului permainan pada minit ke-13 apabila John Stones menanduk masuk bola sepakan sudut Kevin De Bruyne sebelum dua gol Riyad Mahrez pada minit ke-53 dan 57 menoktahkan kemenangan The Citizens.

Dalam pada itu, kapten Manchester City memuji kebangkitan ditunjukkan pasukan selepas ketinggalan satu gol pada awal permainan.

Artikel Berkaitan:

Pemain tengah itu berharap, pasukannya mampu mengekalkan momentum kemenangan dalam kejohanan tersebut dalam misi untuk mara ke perlawanan akhir.