Dr Mahathir dibenar keluar IJN hari ini

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 8.40 pagi Sabtu.

IJN dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu berkata, Dr Mahathir baru-baru ini dimasukkan ke institut itu untuk rawatan perubatan dan dibenarkan keluar pada Sabtu, beliau akan menjalani pemulihan di rumah.

"Tun Dr Mahathir akan menjalani pemeriksaan susulan bagi meneruskan rawatan perubatannya apabila diperlukan dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengucapkan terima kasih kepada semua atas keprihatinan dan doa mereka apabila Dr Mahathir dimasukkan ke IJN.

Pada Jumaat, media melaporkan Dr Mahathir masih menjalani proses pemulihan di IJN dan dibenarkan pulang pada 2 Februari, tetapi perlu kembali ke institut itu untuk fisioterapi dan rawatan lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan: