Pengalaman bantu Senegal harungi aksi final

Mane (tengah), cuba melepasi kawalan pertahanan Burkina Faso pada aksi separuh akhir pada Khamis. - Foto Getty Images
Mane (tengah), cuba melepasi kawalan pertahanan Burkina Faso pada aksi separuh akhir pada Khamis. - Foto Getty Images
A
A
A

TONGGAK serangan Senegal, Sadio Mane menyifatkan pengalaman beraksi di final pada 2019 lalu bakal membantu skuad berkenaan mengharungi perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2022 berdepan Mesir, pada Isnin.

Menurut Mane, semangat skuad Lions Of Teranga itu pasti memuncak pada aksi final kali ini setelah hanya mampu muncul naib juara apabila tewas 0-1 kepada Algeria pada edisi 2019 lalu.

“Senegal masih lagi segar dengan aksi final edisi 2019 dan ia akan menjadi sebagai antara 'aset' paling berharga bagi mengharungi perlawanan akhir kali ini.

“Pengalaman beraksi di pentas final akan banyak membantu pemain untuk mengharungi aksi berdepan pasukan pilihan seperti Mesir.

“Bagaimanapun, setelah mengharungi detik sukar berikutan pandemik Covid-19 sebelum ini, kami tidak akan melepaskan peluang dan akan memberikan aksi terbaik untuk memenangi AFCON 2022,” katanya.

Untuk rekod, Senegal mara ke final setelah menewaskan Burkina Faso, 3-1 pada aksi separuh akhir pada Khamis.

Sementara itu, Mane berharap semua pemain bersedia untuk mengharungi aksi final kali ini dan memastikan Senegal menebus kekecewaan edisi 2019 lalu.

Malah katanya, kesemua pemain juga dilihat bersemangat pada sesi latihan menjelang perlawanan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Pemain-pemain Senegal dilihat bersemangat dan menjalani latihan bersungguh-sungguh.

“Saya optimis kesemua mereka telah bersedia untuk aksi final nanti dan pastinya mahu menebus kekalahan pada 2019 lalu,” katanya.