Bayi perempuan masih bertali pusat ditemui depan restoran

Bayi berkenaan ditemui masih masih bertali pusat itu dan berdarah.
Bayi berkenaan ditemui masih masih bertali pusat itu dan berdarah.
A
A
A

MELAKA - Suara tangisan depan sebuah restoran berjaya menyelamatkan nyawa seorang bayi perempuan yang dipercayai baharu dilahirkan di Taman Mutiara, Batu Berendam di sini, pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 7 pagi, bayi yang masih bertali pusat dan berdarah itu ditemui dalam bakul pakaian berwarna krim dengan beralaskan kain batik.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhkiz Azman Aziz, berkata, seorang pekerja am wanita berusia 51 tahun mendakwa terdengar bunyi tangisan ketika sedang mengutip tin di kawasan berhampiran sebelum menghampiri bakul pakaian tersebut.

Bayi perempuan yang diletakkan dalam bakul pakaian ditemui seorang wanita di Taman Mutiara, Batu Berendam pada Jumaat.
Bayi perempuan yang diletakkan dalam bakul pakaian ditemui seorang wanita di Taman Mutiara, Batu Berendam pada Jumaat.

"Wanita itu terus membawa bayi terbabit ke sebuah klinik berdekatan untuk mendapatkan bantuan bagi menghubungi polis dan juga ambulans.

"Bayi berkenaan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Raiz Mukhkiz berkata, kes diklafikasikan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran.

"Satu kertas siasatan telah dibuka oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka," katanya.

Artikel Berkaitan: