Steve Bruce pengendali West Bromwich

Bruce
Bruce
A
A
A

KELAB Liga Kejuaraan, West Bromwich Albion melantik bekas pengendali Newcastle United, Steve Bruce sebagai pengurus baharu The Baggies, pada Khamis.

Bekas tonggak pertahanan Manchester United itu sebelum ini menganggur selepas meninggalkan Newcastle United pada Oktober atas persetujuan bersama, dua minggu selepas The Magpies diambil alih konsortium dari Arab Saudi.

Bruce yang kini berusia 61 tahun, menggantikan Valerien Ismael selepas pengendali kelahiran Perancis disingkirkan berikutan prestasi turun naik dan keputusan kelab berpangkalan di The Hawthorns.

West Bromwich, yang dimiliki oleh ahli perniagaan China, Guochuan Lai, turut mengumumkan pelantikan Ron Gourlay sebagai ketua pegawai eksekutif.

"Steve merupakan pengurus dihormati dan berpengalaman selain mempunyai rekod membanggakan ketika membantu beberapa kelab dinaikan pangkat ke Liga Perdana Inggeris.

"Kemahiran pengurusannya yang sangat baik, taktikal berkesan dan kebolehan di lapangan adalah antara sebab kami memutuskan dia adalah orang yang membawa kami ke hadapan."

Untuk rekod, West Brom kini berada di tempat keenam dalam Liga Kejuaraan dengan 45 mata selepas mengharungi 29 perlawanan, lapan mata dari slot automatik ke saingan Liga Perdana Inggeris musim depan.

Artikel Berkaitan: