Perahu layar

A
A
A

Pengunjung Tasik Timah Tasoh kini berpeluang merasai pengalaman beriadah di atas perahu layar dan dapat menikmati panorama indah di sekitar tasik dengan menaiki perahu layar jenis Hobie Catamaran Gateway.

Selepas melalui beberapa penambahbaikan, perahu layar jenis Hobie Catamaran Gateway yang dibawa pulang dari Pantai Chenang, Langkawi kira-kira dua minggu lalu kini mula beroperasi di Tasik Timah Tasoh mulai Sabtu lalu.

Bagi Jurulatih perahu layar Majlis Sukan Negeri (MSN) Perlis, Salehhodin Hamzah, selain beriadah setiap pengunjung juga boleh mempelajari dan mendalami teknik pelayaran.

Terdapat tiga pakej yang ditawarkan iaitu pelayaran selama 20 minit di sekitar tasik, manakala pakej kedua pula berharga RM120 untuk 45 minit dan pakej terakhir berharga RM200 untuk 1 jam 45 minit. Pengunjung dapat meneroka Tasik Timah Tasoh termasuk ke Santuari Ikan Air Tawar yang terletak di seberang tasik.

Pakej perahu layar di tasik itu turut dikendalikan oleh 'Hermission' iaitu pasukan yang dianggotai oleh mereka yang berpengalaman dalam sukan perahu layar dan aktiviti ini beroperasi setiap hari kecuali pada hari isnin setiap minggu.

Artikel Berkaitan: