X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Perang disytihar ke atas pemburu harimau malaya

harimau-malaya
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah mengisytiharkan perang terhadap pemburu haram sebagai agenda nasional dalam komitmennya untuk memastikan spesies Harimau Malaya tidak pupus.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkata untuk itu, pasukan petugas yang akan menjalankan rondaan ditubuhkan di bawah Program Perlindungan Harimau dan Rondaan (TP3).

Penubuhan pasukan petugas yang terdiri daripada 2,000 kakitangan dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PETRHILITAN), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia, dianggap penting memandangkan semakin banyak perangkap digunakan untuk menjerat haiwan itu dan peningkatan kes manusia menceroboh habitat harimau.

"Masa telah tiba untuk menghentikan pembunuhan Harimau Malaya dan hidupan liar yang lain oleh pemburu haram yang tidak berhati perut! Hari ini, pada Hari Hidupan Liar Sedunia saya mengisytiharkan perang terhadap pemburu haram!", katanya pada pra-pelancaran Kempen Selamatkan Harimau Malaya sempena Hari Hidupan Liar Dunia 2019, di sini hari ini.

Dr Xavier berkata kempen selama dua tahun yang bermula hari ini dengan isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan PERHILITAN menjadi penaung kempen.

Dr Xavier berkata, beliau dimaklumkan bahawa daripada lebih 1,000 operasi yang dijalankan dari 2013 hingga 2018, sejumlah 3,500 jerat telah dimusnahkan dan 162 penceroboh terdiri daripada 98 warga tempatan dan 64 warga asing ditangkap kerana kesalahan memburu hidupan liar.

Beliau berkata sempena kempen yang dilancarkan hari ini, kementerian telah menubuhkan Akaun Amanah Konservasi Biodiversiti dan syarikat-syarikat dan agensi lain dialu-alukan untuk menyumbang kepada dana ini untuk aktiviti penguatkuasaan, pemuliharaan dan kesedaran. -Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!