X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Tiga dron lagi berjaya dipintas UAE

UAE kini berdepan dengan ancaman dron dari kumpulan pemberontak Yemen, Huthi. - Foto AFP
A
A

DUBAI - Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkata pada Rabu bahawa ia berjaya memintas dan memusnahkan tiga dron dengan niat bermusuhan iaitu kejadian keempat dalam tempoh tiga minggu ketika ketegangan dengan pemberontak Yemen semakin memuncak.

Kementerian Pertahanan UAE mengumumkan pintasan dan pemusnahan itu berlaku jauh dari kawasan penduduk pada waktu subuh tetapi hanya diumumkan pada lewat malam Rabu.

Bagaimanapun, pemberontak Huthi belum mengaku bertanggungjawab dalam serangan terbaharu itu.

Sebelum ini kumpulan pemberontak itu mengaku melakukan serangan peluru berpandu dan dron yang menyebabkan tiga warga asing terbunuh di UAE.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS) juga bersetuju membantu UAE mempertahankan negaranya selepas perbualan melalui telefon antara Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin dan Putera Mahkota Abu Dhabi, Mohammed bin Zayed Al-Nahyan, kata kedutaan Amerika di UAE.

AS dilaporkan akan menghantar kapal pemusnah peluru berpandu berpandu, USS Cole dan mengarahkan pesawat pejuang 'generasi kelima' yang paling canggih ke UAE.

UAE merupakan salah sebuah anggota pasukan tentera perikatan yang diketuai Arab Saudi dalam memerangi pemberontak Huthi di Yemen. - Agensi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!