Mayat wanita ditemukan terapung dalam sungai

Satu mayat wanita dipercayai warga asing ditemukan dalam Sungai Plentong berdekatan Jalan Masjid, Kampung Plentong Baru, Masai di sini pada Rabu.
Satu mayat wanita dipercayai warga asing ditemukan dalam Sungai Plentong berdekatan Jalan Masjid, Kampung Plentong Baru, Masai di sini pada Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Satu mayat wanita dipercayai warga asing ditemukan dalam Sungai Plentong berdekatan Jalan Masjid, Kampung Plentong Baru, Masai di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, mayat wanita berusia 64 tahun itu ditemukan terapung-apung oleh orang awam pada jam 10.45 pagi.

"Mayat itu dipercayai rakan kepada seorang wanita tempatan berusia 33 tahun yang membuat laporan polis mengenai kehilangan rakan serumahnya.

"Rakan mangsa yang hilang itu membuat pengecaman menerusi pakaian si mati," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, mayat dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut (SDR).

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II Kilok Anak Lampas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan untuk membantu polis mengangkat naik mayat tersebut pada jam 12.11 tengah hari.

Ujarnya, seramai lapan anggota dan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta satu unit bot kecil dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Ulu Tiram dikejarkan ke tempat kejadian.

"Mayat itu didapati berada di permukaan sungai dengan jarak 10 meter dari tebing sungai dan disahkan sudah meninggal oleh pasukan perubatan yang hadir. Operasi tamat jam 2.45 petang," katanya.

Artikel Berkaitan: