Harga RON97, RON95 dan diesel kekal

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel bagi tempoh 3 Februari hingga 9 Februari 2022 masing-masing kekal pada paras RM3.12, RM2.05 serta RM2.15 bagi setiap liter.
Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel bagi tempoh 3 Februari hingga 9 Februari 2022 masing-masing kekal pada paras RM3.12, RM2.05 serta RM2.15 bagi setiap liter.
A
A
A

SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel bagi tempoh 3 Februari hingga 9 Februari 2022 masing-masing kekal pada paras RM3.12, RM2.05 serta RM2.15 bagi setiap liter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga tersebut adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula ‘Automatic Pricing Mechanism’.

“Bagi melindungi pengguna daripada harga minyak semasa di pasaran global yang berada pada paras yang tinggi, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Artikel Berkaitan: