Isu pengurangan elaun, peruntukan atlet perlu diperbaiki segera

Mohamad Norza (kanan) ketika diwawancara dalam program Bersama Johan Jaaffar yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.
Mohamad Norza (kanan) ketika diwawancara dalam program Bersama Johan Jaaffar yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Isu pengurangan elaun dan peruntukan terhadap atlet negara perlu diperbaiki dengan segera kerana ia berpotensi menjejaskan penyertaan mereka ke dalam Olimpik akan datang.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, keadaan semasa atlet negara perlu ditambah baik kerana mereka telah berhadapan dengan situasi sukar sepanjang tempoh pandemik.

Mohamad Norza ketika dalam program Bersama Johan Jaaffar yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.
Mohamad Norza ketika dalam program Bersama Johan Jaaffar yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.

“Dalam kesukaran kita ingin mencari pingat emas, kita tidak boleh meletakkan atlet kita dalam keadaan tertekan kerana kurangnya kejohanan dan elaun.

“Jadi saya fikir persekitaran atlet mesti ditambah baik. Kalau dengan persekitaran yang dulu pun kita dapat satu perak dan gangsa, jadi bagaimana kita nak dapat hasil lebih baik dengan persediaan yang kurang?

“Jadi saya beranggapan bahawa kesinambungan itu perlu ada,” katanya ketika dalam program Bersama Johan Jaaffar yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.

Selepas mengumumkan pengguguran 144 atlet daripada program latihan kebangsaan, Majlis Sukan Negara (MSN) pada 5 Januari lalu menyatakan bahawa pihaknya turut terpaksa mengurangkan elaun latihan atlet negara.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, tindakan itu terpaksa diambil kerana negara memberikan lebih keutamaan terhadap usaha memulihkan ekonomi pasca Covid-19 selain insiden banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Mohamad Norza berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya menambah atau mengembalikan semula program sukan yang sebelum ini dikeluarkan daripada bajet tahunan negara baru-baru ini.

Katanya, langkah itu penting untuk dilakukan dalam usaha kembali ‘merejuvenasi’ industri sukan negara.

“Ini kerana dalam ketika mana kita menghadapi Covid-19, atlet-atlet kita ini telah kumpulkan, berada jauh daripada keluarga, tapi bila sekarang ini kerana kekangan peruntukan, kita terpaksa lepaskan.

“Saya rasa itu tidak membantu usaha ‘rejuvenasi’ sukan kita, kita perlu naikkan semangat sukan ini supaya dapat melahirkan sebuah negara yang sihat," ujarnya.