Sila log masuk terlebih dahulu.

Suami isteri hilang 3 hari ditemui di tanah perkuburan

Mangsa (kanan) dan isterinya (dua dari kiri) ditemukan dalam keadaan selamat selepas tersesat di hutan di Kampung Pimping, Membakut, Beaufort.
Mangsa (kanan) dan isterinya (dua dari kiri) ditemukan dalam keadaan selamat selepas tersesat di hutan di Kampung Pimping, Membakut, Beaufort.
A
A
A

BEAUFORT - [DIKEMASKINI] Sepasang suami isteri yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu akibat sesat di hutan akhirnya ditemui selamat di tanah perkuburan Kampung Pimping, Membakut, di sini, awal pagi Selasa.

Mangsa Amir Hamjah Abdul Kahfi dan isterinya Rita Hijiyah Mohd Syuaib masing-masing berusia 43 tahun ditemui kira-kira jam 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, kedua-dua mangsa dilaporkan hilang oleh anak perempuan mereka pada Isnin.

"Menurut pengadu, ibu bapanya telah pergi ke Kampung Ulu Binsuluk, Membakut, pada Sabtu lalu dengan menaiki kereta mereka untuk melihat tanah yang ingin dibeli.

"Bagaimanapun, kedua-dua mangsa tidak pulang ke rumah dan juga tidak dapat dihubungi sebelum bertindak melaporkan kehilangan mereka kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Selasa.

Katanya lagi, usaha mencari orang hilang segera dilakukan dan hasil pemeriksaan menemui kenderaan yang digunakan mangsa di lokasi kejadian.

"Hasil pemeriksaan, kenderaan jenis Perodua Alza yang dinaiki mangsa berada di tepi jalan Kampung Ulu Binsuluk, Membakut dalam keadaan berkunci.

"Usaha mencari mangsa digerakkan termasuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM)," katanya.

Artikel Berkaitan: