Hamidin masih relevan terajui FAM

Hamidin (kiri) ketika mengadakan lawatan ke Stadium Panasonic Shah Alam bagi menyaksikan aksi Liga Superimau pentas mengilap bakat pemain muda negara.
Hamidin (kiri) ketika mengadakan lawatan ke Stadium Panasonic Shah Alam bagi menyaksikan aksi Liga Superimau pentas mengilap bakat pemain muda negara.
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) masih lagi memerlukan khidmat Datuk Hamidin Mohd Amin dalam menerajui badan induk bola sepak negara itu ke satu tahap lebih tinggi pada masa depan.

Menurut Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM, Syed Yazid Syed Omar, Hamidin masih merupakan individu yang paling layak untuk mencorak perubahan landskap bola sepak negara berdasarkan senario semasa yang melanda pada masa ini.

“Dulu saya mungkin tidak sehaluan dengan presiden dan ketika pemilihan Kongres FAM sebelum ini juga, saya bukanlah dari barisan pilihannya tetapi saya berjaya menang untuk berada dalam Ahli Jawatankuasa Eksekutif.

“Terus terang dan jujur dari hati ini, selepas saya bekerja di bawah kepimpinan Datuk Hamidin, beliau seorang yang ketua yang sangat berdedikasi dan melaksanakan tanggungjawabnya selaku presiden dengan baik sekali.

“Beliau tidak henti-henti bercakap mengenai bagaimana untuk naikkan bola sepak kita, meminta idea dan cadangan untuk dilaksanakan demi kebaikan pasukan dan seterusnya berbincang dalam mesyuarat Exco,” katanya.

Syed Yazid memberitahu, beliau sentiasa bersedia mempertahankan kedudukan Hamidin untuk terus menduduki ‘kerusi panas’ dalam barisan kepimpinan FAM itu.

“Kalau ada peluru, saya sanggup jadi orang pertama yang mempertahankannya kerana saya tahu Datuk Hamidin sudah berikan segala-galanya buat FAM dan pasukan kebangsaan.

“Jadi tidak sepatutnya beliau diasak meletak jawatan, sebaliknya kita perlu beri sokongan dan dorongan untuknya melakukan perubahan agar di kejo-hanan lain kita bertambah baik,” jelas Naib Presiden Satu Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) itu.

Artikel Berkaitan: