Cuaca panas: pembenihan awan bantu pesawah terjejas

Gambar kecil: Razman Zakaria
Gambar kecil: Razman Zakaria
A
A
A

BAGAN SERAI - Kerajaan Perak akan melakukan pembenihan awan bagi membantu pesawah daerah Kerian yang terjejas akibat cuaca panas dan kering.

Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria berkata, kaedah itu dilakukan berikutan paras air di empangan kolam Bukit Merah di sini yang kian menyusut hingga boleh menjejaskan jadual pengairan penanaman padi musim ini.

Menurutnya, perkara itu diputuskan selepas mengadakan perbincangan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Pertanian negeri dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA).

"Langkah pertama sepanjang tempoh sehingga pertengahan Februari ini, sekiranya tiada hujan dan takungan air pada tahap kritikal, kita akan pohon untuk lakukan pembenihan awan.

"Jika kaedah itu tidak berjaya, kita lakukan penjadualan semula pengairan sawah di kompartmen terlibat. Jadi, akan berlaku anjakan dalam jadual," katanya selepas meninjau sistem saliran dan perparitan sekitar kawasan Gunung Semanggol dan Selinsing di sini pada Isnin.

Artikel Berkaitan: