Waris banduan warga Laos kritikal dicari

Samit - Foto ihsan penjara
Samit - Foto ihsan penjara
A
A
A

KOTA BHARU - Pusat Koreksional Machang sedang mengesan waris seorang banduan warga Loas yang kini kritikal dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Penolong Penguasa Penjara, Zaini Salim berkata, lelaki warganegara asing yang dikenali sebagai Samit, 42, sudah dua minggu dirawat di hospital berkenaan disebabkan meningitis.

“Keadaan kesihatannya dilaporkan serius dan difahamkan kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

“Samit menjalani hukuman penjara sejak 6 Januari lalu atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Beliau berkata, waris atau sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubunginya di talian 013-7877474.

Artikel Berkaitan: