Polis teliti video pengunjung taman tema langgar SOP

Video memaparkan kesesakan pengunjung di sebuan taman tema air di Ipoh telah tular di media sosial sedang diteliti oleh pihak polis. - Foto ihsan pembaca
Video memaparkan kesesakan pengunjung di sebuan taman tema air di Ipoh telah tular di media sosial sedang diteliti oleh pihak polis. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

IPOH - Polis sedang meneliti video tular di media sosial yang memaparkan aktiviti riadah kumpulan pengunjung di sebuah taman tema air di sini yang disyaki melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, semakan mendapati kejadian itu berlaku antara jam 1 hingga 6 petang pada Sabtu lalu.

"Menurut pihak pengurusan taman tema berkenaan, kapasiti kolam boleh memuatkan seramai 500 orang dan ketika kejadian jumlah tersebut tidak mencapai 50 peratus.

"Kini, pihak polis sedang meneliti fakta-fakta dan individu yang terlibat untuk mengenalpasti sama ada terdapat sebarang ketidakpatuhan SOP tersebut oleh mana-mana pihak," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu yang boleh menjejaskan siasatan polis.

Artikel Berkaitan: