Mayat lelaki hilang ketika jala ikan ditemukan terapung

Anggota bomba berusaha membawa naik mayat mangsa yang ditemukan terapung di Ipoh. Foto: ihsan Bomba Perak
Anggota bomba berusaha membawa naik mayat mangsa yang ditemukan terapung di Ipoh. Foto: ihsan Bomba Perak
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki warga Myanmar yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan pada Ahad ditemukan terapung di kawasan sungai berhampiran Jalan Tawas Baru Selatan, Kampung Tawas di sini.

Mangsa dikenali sebagai Swe Lwin Oo berusia lingkungan 20-an ditemukan pasukan penyelamat sekitar jam 10.20 pagi pada Isnin, kira-kira dua kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Azman Hussin berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat daripada pihak polis berhubung kejadian itu pada jam 12.01 tengah malam.

Menurutnya, dron digunakan bagi membuat pemantauan dari udara ketika mengesan kedudukan mangsa.

"Imej mangsa berjaya dirakam dari udara di mana lelaki itu dijumpai dalam keadaan terapung pada jarak dua kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.

"Operasi mencari dan menyelamat di permukaan air segera dijalankan oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA)," katanya.

Mohd Azman berkata, mayat mangsa yang berjaya dibawa naik telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: