Lelaki maut terkena renjatan elektrik

Mangsa maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja penyelenggaraan di Jalan Bunga Raya berhampiran Taman Eastern, Tawau.
Mangsa maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja penyelenggaraan di Jalan Bunga Raya berhampiran Taman Eastern, Tawau.
A
A
A
TAWAU - Seorang pekerja kontraktor maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja penyelenggaraan bekalan elektrik di Jalan Bunga Raya berhampiran Taman Eastern di sini, pada Ahad.

Mangsa, Foh Soon Kong, 41, ditemui tersangkut pada tiang elektrik setinggi kira-kira enam meter sebelum mayatnya diturunkan oleh pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.32 pagi berhubung kejadian itu.

Katanya, seramai lapan anggota BBP Tawau dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh enam kilometer dari balai.

"Menurut laporan, seorang mangsa lelaki dipercayai terkena renjatan elektrik dan tersangkut pada tiang elektrik ketika melakukan kerja penyelenggaraan.

"Pasukan bomba kemudian bertindak menurunkan mangsa yang tersangkut dengan menggunakan tangga selepas kerja memutuskan bekalan elektrik dilakukan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Katanya lagi, sebaik diturunkan mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi kemudian ditamatkan pada jam 11.36 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan: